Tuesday, January 24, 2012

4 petanda Anda tidak yakin pada diri sendiri....benarkah ?


Adakah anda selalu yakin dengan apa jua dalam menjalankan kehidupan seharian anda?.jika YA, mungkin anda adalah calon orang-orang yang berjaya, maka jika tidak..check lah dlu, jika anda tersenarai dibawah ini dan terus ambil tindakan supaya anda tidak berada dalam golongan orang-orang yang gagal.
Kejayaan akan datang dengan usaha ayang berterusan ( a.k.a ISTIQAMAH )
sO. dibawah ini ada review sedikit untuk anda dari saya....Silakan,
4 petanda Anda tidak yakin pada diri sendiri adalah:

1. Anda takut mencuba.

Mencuba adalah melakukan sesuatu buat pertama kali. Anda takut mencuba sebab Anda ragu.

Bila Anda sudah tidak mahu melakukan apa-apa untuk mencuba serta memilih untuk kekal sebegitu, keyakinan diri Anda langsung tidak ada. Keyakinan diri tetap tidak akan ada selagi hal ini belum diubah.

2. Anda sangsi pada kebolehan diri Anda.

Anda sangsi pada kebolehan diri sebab Anda taksub pada kebolehan orang lain. Anda nampak orang lain lebih berkaliber daripada diri Anda sehingga Anda sendiri mempersoalkan di mana kebolehan Anda. Anda merasa tidak yakin kerana kebolehan orang lain yang Anda nampak tu jauh lebih tinggi, terasa bagai mustahil untuk Anda menyamai kebolehannya. Maka, Anda tak nampak di mana kekuatan Anda.

3. Anda terlalu banyak minta pendapat orang lain, kurang mendengar suara hati sendiri.

Apabila terlalu banyak meminta pandangan orang lain, Anda akan jadi ‘konpius’ kerana menerima berpuluh pendapat berlainan hingga menyebabkan  Anda tidak yakin pada diri sendiri. Meminta pendapat itu boleh, tapi biarlah untuk Anda mencari idea baru sebagai pelengkap kepada idea yang Anda telah fikirkan.

Perangai meminta pendapat jika dilakukan berlebihan akan membuat Anda hilang keyakinan sebab Anda menyerahkan nasib hidup Anda untuk ditentukan oleh orang lain melalui pendapat-pendapat mereka. Anda bagaikan tidak tahu ke mana arah yang mahu dituju.

Kekadang ada orang suka memperbodohkan Anda dengan memberi pendapat palsu. Hati-hati dengan orang sebegini.

Dengarlah suara hati Anda. Roh Anda tahu apa yang terbaik untuk diri Anda di iringi panduan ilham dari Tuhan.

4. Anda banyak mengutuk diri sendiri.

Anda manyumpah-nyumpah diri sendiri sebab melakukan kesilapan. Anda sukar menerima kesilapan. Anda merasa malu, kecewa, hampa. Perasaan ini terperap dalam di minda Anda berbulan-bulan lamanya.

Itu hanyalah 4 petanda dominan.

Jika salah satu daripadanya ada pada Anda, berwaspada kerana ia akan menghancurkan motivasi Anda sekelip mata. Anda akan susah membina rasa yakin diri.


Sebagai penutup, semoga hadith ini dapat memberi inspirasi untuk kita  sentiasa memiliki keyakinan yang kukuh dan keistiqomahan dalam  bertindak (positif), demi menggapai kejayaan dalam hidup di dunia dan  akhirat.

Dari Abu Amr-ada yang menyebutnya Abu ‘Amrah-Sufyan bin AbdillahAts-Tsaqofi, dia berkata: Saya berkata,“Wahai  Rosulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallama, katakan kepada saya tentang  Islam sebuah perkataan yang tidak saya tanyakan seseorangpun selainmu.”  Beliau menjawab, ”Katakanlah, “Aku beriman kepada Allah, lalu  beristiqomahlah.” (H.R. Muslim). Hanya saja, istiqomah dalam hadith ini  tak berlaku untuk hal-hal buruk, kejahatan atau maksiat.

“Padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal.” (At-Thoriq: 17)

Wednesday, January 18, 2012

Cara Nak Hilangkan Rasa Sedih


1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa?

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

8. Jangan lupa ALLAH.
Ini yang paling penting, perbanyakkan membaca qur'an dan sentiasa memikirkan sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya.

Sebab ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA