Friday, February 10, 2012

ANDAI LELAKI TAHU:



Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

“Tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda.

Thursday, February 9, 2012

cintailah hanya kerana ALLAH ..^_^

~► Jika kamu mencintai kerana dia pandai,itu bkn cinta...tetapi kagum...
~► Jika kamu mencintai kerana dia cantik/hensem itu bkn cinta..tetapi nafsu...
~► Jika kamu mencintai kerana takut dia sakit hati,itu bkn cinta..tetapi kasihan...
~► Jika kamu mencintai kerana dia baik,itu bkn cinta..tetapi terpaksa...
~► Jika kamu mencintai hanya kerana Allah.itulah cinta yang lahir dari hati kamu yang ikhlas =))

Tuesday, February 7, 2012

"Eleven Hints for Life"

1. It hurts to love someone and not be loved in return.
But what is more painful is to love someone and never
find the courage to let that person know how you feel.

2. A sad thing in life is when you meet someone who
means a lot to you, only to find out in the end that it was
never meant to be and you just have to let go.

3. The best kind of friend is the kind you can sit on a
porch swing with, never say a word, and then walk away
feeling like it was the best conversation you've ever had.

4. It's true that we don't know what we've got until we lose
it, but it's also true that we don't know what we've been
missing until it arrives.

5. It takes only a minute to get a crush on someone, an
hour to like someone, and a day to love someone-but it
takes a lifetime to forget someone.

6. Don't go for looks, they can deceive. Don't go for wealth,
even that fades away. Go for someone who makes you
smile because it takes only a smile to make a dark day
seem bright.

7. Dream what you want to dream, go where you want to go,
be what you want to be. Because you have only one life and
one chance to do all the things you want to do.

8. Always put yourself in the other's shoes. If you feel that it
hurts you, it probably hurts the person too.

9. A careless word may kindle strife. A cruel word may wreck
a life. A timely word may level stress. But a loving word may
heal and bless.

10. The happiest of people don't necessarily have the best
of everything they just make the most of everything that comes
along their way.

11. Love begins with a smile, grows with a kiss, ends with
a tear. When you were born, you were crying and everyone
around you was smiling. Live your life so that when you die,
you're the one smiling and everyone around you is crying.

jersey kesayangan aku!!!

Huhuhuhu....cuba kowang tgk gambar yang aku letak ni....aku sayang sangat baju jersey ni walaupun aku ni bukanlah hard fan arsenal pown... ade sape2 blh bg any idea cmne nak edit balek bju ni jadi spt normal???? baju ni bermakna sgt wat aku...dtg jauh tu walaupun not over da sea ok huhu...and the most important is, it was gifted from someone... aku faham sgt perasaan owang yg bagi baju ni kat aku, mesti hancur luluh tak terkata kekecewaannya kat diri aku ni... ni sume gara2 kesilapan aku sendiri gak.. mana taknye sape la yang ajar aku pergi gosok baju jersey ni pulak dah hehehe takde sape ajar pon, actually aku yang sengaja wat ajaran sendirian berhad haha... takpela reda je la nak wat lagu mana dah... takde rezeki aku... tapi for someone yang nak hadiahkan kt aku bju jersey tu, jgn takowt2 lak ye nak meneruskan niat murni dihati tu hehe... Insyaallah pisang takkan berbuah dua kali huhu...
*mood: lepas ni kena lebih berhati2 huhu